Advertisement

Monday, October 27, 2008

DVD MY-NPL'08 (Event2) - Kuantan pahang




DVD MY-NPL'08 (Event2) -Kuantan pahang is available now!RM25.00 only!!Can get it @t MAPAAC, P. JAYA, SELANGOR.


Phone order: 016-379 9466


Online order: shaiful@my-npl.org


Coming Soon!!! MY-NPL'08 (Event3) petaling jaya &


(Event 4) Dataran Pahlawan Melaka




Thursday, October 23, 2008

Activision Announces 'NPPL Championship Paintball 2009' for 360, PS3, PS2 and Wii




NPPL Championship Paintball 2009 will feature multiple game modes, officially-licensed gear, and authentic tournament locations and field layouts from the NPPL, the Millennium European Paintball Series, and the XPSL. Players can perfect their skills as they progress from a rookie to pro in career mode and take on the best paintball teams in the world, or get online for an adrenaline rush of intense, cutthroat multiplayer action.

With in-depth design consultation by Team Dynasty and Bob Long, the title will make players feel like they are on the field with motion-captured player movements such as slides, dives, and snapping and leading-edge ballistics that affect the paintballs’ trajectory. The game will also feature unique woodsball-based gameplay modes.
i hope dah ada di pasaran dan beli yang asli ..baru best main..
"Hapuskan Cetak Rompak"

Tuesday, October 21, 2008

SHOCKER SMARTPARTS




PAINTBALL MARKER,
MODEL/BRAND ‘SHOCKER’ BY SMARTPARTS, U.S.A.
-DYNASTY BOARDS INSTALLED (original price RM600++)
-HALO FORCE-FEED LOADER
-ANS XTREME PERFORMANCE GAS TANK WITH EMPIRE COVER
-COMES WITH ORIGINAL BOXES-FAST AND ACCURATE, ALMOST NEW CONDITION, USED ONLY TWICE-SELLING CHEAP AT RM2700 O.N.O
Call/Msg 016-3799466

Thursday, October 16, 2008

MY-NPL'08 Event5 Press Release




Pusingan Kelima “The Grand Finale” Kejohanan Liga Paintball Kebangsaan Malaysia (MY-NPL) 2008 akan berlangsung pada 1 dan 2 November 2008 bertempat di Akademi Paintbal Malaysia, Kompleks Sukan Astaka, Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kejohanan paintball yang terulung dan terunggul di Malaysia kini yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh pelusuk tanahair, mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob telah sudi untuk hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Perasmian Hadiah yang dijadualkan akan berlangsung pada Hari Ahad, 2 November 2008 bermula dari jam 4.30 petang.

Hadiah-hadiah bernilai berjumlah RM38,250.00 ditawarkan kepada para pemenang dalam empat (4) divisyen yang dipertandingkan di dalam setiap lima (5) pusingan MY-NPL di samping hadiah juara keseluruhan untuk setiap Divisyen berjumlah RM36,000.00 menjadi rebutan di pusingan ini dimana para pemenang akan dinobatkan sebagai Juara Malaysia. Adalah dijangkakan kejohanan kali ini akan menarik penyertaan lebih daripada 60 buah pasukan dalam semua divisyen dari seluruh pelusuk tanahair.


Pusingan Keempat MY-NPL 2008 telah diadakan pada 2 dan 3 Ogos 2008 yang lalu bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir, Bandaraya Melaka Bersejarah dimana sebanyak 60 buah pasukan telah turut serta. Di dalam Divisyen 1, Pasukan X-PURSUIT dari Pulau Pinang telah membuat kejutan dengan muncul sebagai juara dengan menewaskan Pasukan NEMESIS LEGION di perlawanan akhir. Pasukan BANZAAI di tempat ketiga dan Pasukan ARMADA, untuk pertama kalinya tahun ini berada di podium di tempat keempat. Sebanyak lapan (8) pasukan telah bertanding di dalam Divisyen 1.

Bagaimanapun kejayaan Pasukan NEMESIS LEGION untuk muncul sebagai Naib Juara untuk kali ketiga tahun ini telah menjaminkan mereka, secara matematik, untuk muncul sebagai Juara Keseluruhan Divisyen 1 bagi tahun 2008 ini. TAHNIAH NEMESIS LEGION! Ini merupakan kejayaan untuk kali kedua berturut-turut Pasukan Nemesis Legion muncul sebagai juara keseluruhan setelah menjadi Juara Keseluruhan Divisyen 2 pada musim 2007 yang lalu. Untuk makluman, untuk musim 2009 akan datang ini, pertandingan untuk Divisyen 1 akan dijalankan secara format tujuh orang sepasukan (seven-man) sepertimana yang dipersetujui oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam mesyuarat khas yang diadakan di Melaka.

Di dalam Divsyen 2 pula, Pasukan RAIDERS telah melakukan kejutan dengan melayakkkan diri ke perlawanan akhir setelah menewaskan Pasukan dari Negeri Johor Darul Takzim, NOMERCY dalam perlawanan separuh akhir. Bagaimanapun mereka telah dikecewakan oleh Pasukan BALLBUSTERS dalam perlawanan akhir, yang telah menewaskan Pasukan RAINFOREST 7 TIGERS dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. Sebanyak 7 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam Divisyen 2 Pusingan Keempat ini.

Kejayaan Pasukan BALLBUSTERS ini telah membolehkan mereka mendahului Pasukan NOMERCY dalam pungutan mata keseluruhan Divisyen 2, mengumpul sebanyak 190 mata, sementara Pasukan NOMERCY mengumpul 185 mata. Kelebihan 5 mata ini sudah pasti akan menjanjikan persaingan sengit dalam pertarungan penentuan Juara Keseluruhan Divisyen 2 dalam kejohanan Pusingan Kelima ini kelak.

Di dalam Divisyen 3 Pusingan Keempat yang lepas, Pasukan OSCAR LEGIO-X telah meraih kejayaan kejuaraan kedua mereka sepanjang musim ini menewaskan Pasukan RONIN LUNACY yang juga mencipta kejutan layak ke perlawanan akhir untuk kali kedua berturut-turut sepanjang musim ini. Sebanyak 16 buha pasukan telah mengambil bahagian dalam persaingan Divisyen 3 Pusingan Kelima ini.

Bagaimanapun persembahan konsisten sepanjang tahun Pasukan COBRA MECENARIES untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik telah melonjakkan mereka untuk pertama kalinya mengungguli kedudukan mata keseluruhan MY-NPL 2008, mengumpul sebanyak 175 mata, mendahului Pasukan dari Kuantan Pahang Darul Makmur, Pasukan SUNSHIRO, yang sekadar mampu berada di tangga keempat pada Pusingan Keempat yang lalu, dengan 1 mata. Persaingan Pasukan-pasukan OSCAR LEGIO-X di tempat ketiga dengan 166 mata dan RONIN LUNACY dengan 161 mata tidak boleh dipandang sepi. Sudah pastinya Pusingan Kelima nanti akan menjanjikan pertandingan dari pasukan-pasukan ini dalam perebutan merebut Juara Malaysia bagi Divisyen 3.




Di dalam Divisyen 4, Pauskan TWISTER telah berjaya mengenepikan cabaran Pasukan BLACKHEART SHOOTERS untuk merangkul kejuaraan sementara Pasukan SHOCKWAVE di tempat ketiga dan Pasukan dari Terengganu Darul Iman, CRAZY HUNTERS di tempat keempat dalam penyertaan sulung mereka. Sebanyak 29 buah pasukan telah mengambil dalam Pusingan Keempat ini. Sudah pastinya pasukan-pasukan ini akan berada di Pusingan Kelima nanti untuk merebut kejuaraan Divisyen 4.

Kemeriahan kejohanan akan bermula pada hari Jumaat, 31 Oktober 2008 bermula jam 3.00 petang dimana para peserta akan mula menjalani proses pemeriksaan gelanggang yang dikenali dengan “WALK THE FILEDS”. Pada masa yang sama Klinik Sukan Paintball untuk pasukan-pasukan dalam Divisyen 4 akan turut diadakan yang akan dikendalikan oleh para jurulatih dari Akademi Paintball Malaysia (MAPAAC). Mesyuarat Ketua-ketua Pasukan akan diadakan pada sebelah malam bermula jam 8.00 malam hari yang sama bertempat di venue kejohanan. Kejohanan akan bermula pada hari Sabtu, 1 November 2008 seawal jam 8.00 pagi, yang akan menyaksikan persaingan Pusingan Awal yang melibatkan pasukan-pasukan dalam semua Divisyen membuka tirai kehangatan kejohanan.

Di hari kedua kejohanan, yakni Ahad, 2 November 2008, perlawanan-perlawanan Pusingan Kalahmati Peringkat Suku Akhir dan seterusnya akan diadakan. Disamping itu juga Kejohanan Divisyen Khas yang melibatkan pasukan-pasukan dari kalangan para kakitangan, para selebriti dan para peminat Radio Sinar.FM dan X-Fresh.FM serta Kumpulan Karangkraf akan menghiasi atucara Hari Kedua ini kelak. Adalah dijangkakan sebanyak 30 buah pasukan akan berentap dalam Divisyen Khas ini. Perlawanan Akhir akan untuk semua Divisyen dijangkakan akan bermula pada jam 5.00 petang.

Pendaftaran pasukan masih lagi dibuka sehingga Hari Rabu 29 Oktober sebelum jam 5.00 petang. Borang-borang penyertaan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web http://www.my-npl.org/ ataupun dengan menghubungi talian Sekretariat MY-NPL pejabat 03 6277 7779 ataupun telefon bimbit 016 332 3370 / 016 332 3371 / 016 332 3372 / 016 332 3337 ataupun email info@my-npl.org. Kepada para peminat sukan paintball, datanglah beramai-ramai ke Akademi Paintball Malaysia, Kompleks Sukan Astaka, Jalan Utara, Petaling Jaya pada Hari-hari Sabtu dan Ahad, 1 dan 2 November 2008 bermula dari jam 8.00 pagi untuk menyaksikan perhimpunan pasukan-pasukan terbaik sukan paintball Malaysia dalam persaingan untuk menjadi JUARA MALAYSIA

MOHD SOFIAN BIN MOHD DAUD
Pengarah Kejohanan
Liga Paintball Kebangsaan Malaysia016 332 3337 / piandaud@my-npl.org

MY-NPL HQ & Tactical Action are pleased to release the field layout for the EVENT 5 The Grand Finale, MY-NPL'08 season













MY-NPL '08 (Event 5)



The Grand Finale Venue: MAPAAC, Petaling Jaya, Selangor.



Date: 1st & 2nd November 2008




More information regarding MY-NPL coming event,



please visit http://www.my-npl.org/ or



contact: - Mr. Sofian Daud (MY-NPL Tournament Director)






H/P: 016-332 3337Tel: 03-6277 7779, Fax: 03-6277 7711




















Sunday, October 12, 2008